Saturday, October 24, 2009

Si Hitam

Pergiku kau iring,

balikku kau sambut,

tidurku kautidur,

tangisku kau jilat,

dudukku kaudatang,

makanku kautumpang,

bosanku kauhibur,

marahku kaugigit,

jagaku kaungiaukan...

hari ni,kaupergi tinggalkan aku,pergi dengn ketenangan abadi,meneman adik-adikmu yg telah pergi,damailah kau disanaku sahabatku,satu hari nanti kita kan bertemu kembali....


-Si Hitam-

2005 - 2009

Wednesday, October 21, 2009

Sepi

Di sini aku berdiri
Tanpa kau disisi
meredah jerih perih kota kepura-puraan ini sendiri
Pergi kau membawa seribu erti
Sepi jiwa tanpa suaramu mengisi minda kerdilku ini

Memang aku sepi tanpa kau disisi...

Wednesday, September 2, 2009

Saturday, August 29, 2009

Farmville

Lately, kawan2 gua dah seronok main Farmville & start ajak2 gua main sama. Gua tak paham btolla,amende yang best sgt Farmville tu?Setakat bela2 lembu,ternak ayam,tanam sayur virtually apa barang?Tak action packed langsung!Lainla kalau lu org ajak gua main red alert ke,starcraft ke..ada gak la semangat action packed gua nak hadap..Tapi sebab kawan gua dah siap merengek-rengek ajak gua join kan...okla,gua join nanti demi tak nak kawan gua makan ati sampai takmau ajak gua beraya umah dia nanti.

Demmit!!

Friday, August 14, 2009

Kenapa aku disamakan dengan Vin Diesel

Mungkin ada antara korang tertanya2 kenapa kawan2 rapat aku kadang2 panggil aku Vin Diesel. So, kat bawah ni adalah sebab2 utamanya:

1. Aku sentiasa botak
2.Suara macho yang boleh wat makcik2 pun duduk depan radio sebab terbuai dek suara aku.
3.Sentiasa cool dlm apa jua keadaan.
4.Minat extreme terhadap American & Japanese muscle car

Sebab paling utama ialah:-

5.BENTUK TUBUH YANG SENTIASA MENCURI PERHATIAN ORANG SEKELILING

Sekian, Terima Kasih ^_^

Tuesday, August 4, 2009

1st time

27 tahun aku hidup,
semalam akhirnya aku dapat memilikimu..
kau umpama satu manifestasi
satu batu loncatan untukku
satu medium untukku mengenali dunia..
aku bangga kerana memilikimu

Oh passportku!

^_^

Monday, July 27, 2009

Gua & Surya

Kalau nak cite pasal kaitan gua & surya..sampai besok gua taip pun x abis beb..so gua ringkaskan la ek?

Gua kenal surya masa umo gua 20thn,masa baru masuk kolej..mula2 gua bolayan je dia, tak minat sangat..time ni gua lebih cenderung pada nama2 lain yang lagi sedap. Dah nak msk3bulan gua kat sana, duit pun makin terhad..tu yang gua cari dia sebab maintenance dia rendah..kenala dgn budget ciput gua ni..

Lu bayangkan,siang malam gua dengan dia..bangun pagi,berak,lunch,sebelum training rugby,gua nak tdo pun wajib gua dgn dia dulu..sib baik gua waras je tak bwk dia p kelas..time tu,bau gua ni mmg lekatla bau dia..segan gak orang pandang2 but what the heck man...gua happy dengan dia!!

Kalau balik time cuti lagi best,gua siap share dia dgn bapak gua lagi...jimat beb hehe...

Tapi, lepas gua dah keje gua macam dah jarangla jumpa dia..bukan gua lupa juz dat gua kna tukar sikit life gua..segan beb orang2 koporat dok jeling2 gua pasal bau gua sama dgn dia...member2 hot chick gua pun dok sound2...so gua terpaksala lupakan dia...gua berkenalan dengan pall mall biru lak...sampaila skrg gua dengan pall mall biru je..

Surya memang banyak kenangan dengan gua, boleh kata everytime dgn surya gua terkenang zaman kolej gua yang penuh warna warni tu hehehehe....I will never forget u Surya,u'll alwiz b in my heart ^_^

So last Sunday,gua p cari Surya..jumpe beb..ori lagi!!Sampai umah, gua terus bukak dia...gua cabut filter,buang separuh pastu gua layor dengan api...gua penyek2 kan..letak kat mulut gua bakar...hhmmpphhh.....fuh...syahdu beb!!Terkenang balik zaman muda2 dulu...hahahaha....hisap lagi!!!

hmmmppphhhh.....kriitiiss....tritiis.....ADoi!!!!cengkih bodoh!!!kena perut gua!!!arrghh!!!

Demmit!!

Friday, July 24, 2009

Kaitan Lembu dan Cinta

Masa dulu2 ada a few kawan2 aku yg suka turn to me when they hav luv problems...jgn tny kenapa..aku pun tatau apsal aku yang di rujuk mereka...gila..but i guess maybe coz d way i talk to them make them feel comfortable kot...dalam banyak2 my words of wisdom to them, yg paling aku suka is this one:

"Cinta takleh di paksa2..kalau kau paksa gak, sama mcm kau paksa lembu makan mi goreng"

and kata2 dari sahabat aku yang aku akan ingat sampai bila2:

"Hati perempuan ibarat satu dinding putih, kesilapan kau umpama sebilah pisau tajam..sekali kau buat silap,kau tikam dinding..kau mintak maaf,kau cabut pisau tu...tapi kesan still ada kan?"

p/s: apsal aku rasa macam blog ni dah jadi blog psl cinta eh?

demmit!!

Serabut

WWWWWWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRR
RGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 16, 2009

Kronologi Perpisahan 2

Aku cinta kau
Kau cinta aku

Tapi...

Aku sibuk dengan kerja
Aku letih

Aku rindu kau
Aku telefon kau
Aku letih
Kau cakap tak payah

Aku degil
Aku rindu kau
Aku terlelap

Kau tuduh aku take things for granted
Aku betah

Kita gaduh
Kita berpisah

Tapi..

Aku cinta kau...

Aku tunggu...

Kronologi Perpisahan 1

Kau cinta aku,
Aku cinta kau,

Tapi...

Mana masa kau untuk aku?
Kau sentiasa sibuk
Aku nak borak dengan kau
Tapi kau takde

Aku nak lupakan kau
Mari Berpisah
Jangan cari aku lagi

Aku tak peduli
Kau cintakan aku
Kau punya pasal
Aku tak kisah

Saturday, July 11, 2009

Boxer

Di salah sebuah pasaraya di Rawang,

Aku: Adik, boxer dah takde jual ek?

Adik salesgirl: Boxer?

Aku: A'ah, dah takde ek?

Adik salesgirl: Abang salah tempat ni, kotak jual kat tempat alatulis sane..

Aku: Huh?okla, mekasih ye..

Dalam hati aku: Cilakak!sekali lagi aku jumpa orang gini!!

Cik Masa Depan

Aku pernah mimpi bertemumu
Bercinta denganmu seawal usia
Berkahwin denganmu semasa muda
Mulakan keluarga denganmu
Ditelan usia bersamamu
Mati bersamamu

Semua hanya mimpi
Mimpi yang berlegar dalam mindaku
Hanya sesekali

27 tahun
Aku masih di sini
Seorang diri
Ketawa
Menangis
Ghairah
Hilang punca
Celaka

Biarlah
Takmau fikir
Malas nak semak

Biar aku di sini
Bila tiba masa
Kau datang
Aku ada

Cik Masa Depan

Blog Reading

Lately, aku dah add 1 more hobby to myself

Skrg aku suka baca blog org lain..

Layan beb..

Maybe kena dengan sifat aku yang kadang2 keypo ni kot ^_^

Sape ada blog lagi???

Thursday, July 9, 2009

Gila Talak

It's fucking killing me from inside..

May the force be with me always..

Kronologi Cinta

kita bertemu,

bertentang mata,

berbalas renungan,

nombor bertukar tangan,

berbalas sms,

nombor didail,

berbual berjam-jam,

ketawa bersama,

menangis bersama,

saling melengkapi,

kita jatuh cinta,

Sunday, July 5, 2009

Kekerapan

Aku takkan tulis blog ini hari2 sebab aku tulis ikut emosi aku.



Aku ikut emosi aku sebab ni je tempat aku boleh lepaskan emosi aku sesuka hati.



Emosi aku peneman aku



Tapi dia hanya untuk aku



Aku elak dari berkongsi dengan yang lain sebab dia teruk



Aku taknak cemarkan orang lain dengan mengenali dia

Sekarang emosi aku bercampur aduk macam lai chee kang kat medan selera bukit beruntung..

demmit!!

p/s: lu orang rasa gua kena p jumpa shrink ke hah?

1st Day in JB

Hujan....sejuk...tepu...

Tapi aku rasa tenang..

Setenang Selat Tebrau..

So close yet so far..

demmit!

Friday, July 3, 2009

Followers

Gile ahh...sekarang dah ada orang follow blog aku hehehe...

Sorang ex aku yang aku couple for 2 weeks only :P hi Alis..sihat ke?

Yg sorang lagi junior kau yang paling radikal aku rasa masa kolej dulu ^_^ Hi faiz!!sihak ko demo?wat gapo lo ni?

Thanks guys..korang wat aku rasa bersemangat nak teruskan blog ni :)

Cheers!

Cuti

At last, after so many months aku nak p bercuti ^_^ woohooo!!!

Destinasi JB & aku akan lepak dgn bestpren merangkap ex-roommate aku utk 5 semester masa kat KPM dulu;Dark E!hahahaha...aku nak kutuk rambut rebonding dia :P

Thursday, July 2, 2009

A Walk Down Memory Lane

Lepas jogging semalam, aku pegi lepak mamak TLC. ni port faveret aku masa sekolah dulu sbb btol2 tepi sekolah aku...went there with 2 of my best mates since aku umo 7tahun lagi..then the memories starts to come back again..

Kat sekolah ni la gigi susu pertama aku tercabut masa makan burger, aku terberak dalam seluar, aku tumbuk orang,orang tumbuk aku,kena tampar dengan cikgu Bala yg penampar dia je dah sama besar dengan kepala aku,kena cubit kat nipple by cikgu Salbiah(maybe sebab tu nipple aku sensitif kot sekarang ni :P),bawak cinta pertama aku dtg gathering,kena public canning...pendek kata,11 TAHUN aku belajar kat sini,mmg banyakla yang aku dah alami kat sini..dari yang best sampaila ke tak best..dari baik sampaila ke jahat...macam2...kat sini gak aku belajar erti persahabatan..

Dulu,keliling sekolah aku quarters ktmb..ada byk lembu..ptg2 lembu dtg ragut rumput kat padang sekolah aku..sekarang ni,keliling sekolah aku dah ada high-end condominiums & duplex..nasib baik tapak sekolah tu je yang tak terbeli lagi...harap2 memang takkan terjualla tapak tu sebab tu jela memori aku yang tinggal pasal childhood aku..

Ni lagu sekolah aku..still berkumandang dalam kepala aku:

Kami Putra La Salle
Sinar Hidup La Salle
Kaulah ilmu nur hidup kami
Kami tetap bangga
Mengharumkan nama mu
Sinar Hidup La Salle Sentul
Sinar Hidup La Salle Sentul

Kami setia padamu De La Salle
Ilmu SInar Hidup De La Salle
Kami tetap bersama
Usah mengaku kalah
Sinar Hidup De La Salle
Kami sering sedari
Kami terus berjuang
Sinar Hidup De La Salle

Tuesday, June 30, 2009

Blockage

mental block..aku tak tau nak tulis ape..lagi!

demmit!!

Friday, June 26, 2009

Love

There's no reason why I love you..

I just Love You...

That's all.

Blur...

aku tak tau nak tulis ape hari ni...

Aku takkan putus asa

aku mahu wang
aku mahu rumah
aku mahu kereta
aku mahu kurangkan berat
aku mahu kahwin
aku mahu jadi orang baik
aku mahu bercinta

tapi semua itu takkan bermakna
TANPA ENGKAU!!!

Rokok terkepit

Rokok keduaku dalam 5 minit yang lalu...

kusedut dalam-dalam...
kuhembus keluar...

kusedut dalam-dalam
kepala didongakkan keatas...
kuhembus...

kusedut dalam-dalam
mata separa tertutup
kuhembus

kusedut dua kali dalam-dalam
tutup mata,letak tangan atas kepala...
kukemam asapnya..
kuhembus...

habis...

celaka!!!siapa cakap hisap rokok boleh hilangkan kusut????
demmit!!

Sang Puteri

Sang Puteri,

aku cintakan kau
aku rindukan kau
aku mahukan kau
aku inginkan kau

sahutlah panggilanku
hilangkan segala dukamu
buang segala syak wasangkamu
yakinlah dengan diriku

maafkan aku
hukumlah aku
cacilah aku
makilah aku

Akhir sekali,
tolonglah kembali padaku

Thursday, June 25, 2009

I am...

I am a lover,not a fighter
I am a talker,not a writer
I am emotional,not heartless
I am fat,not a hunk
I am bad,not a criminal
I am a mess,not a rubbish
I am dirty,not a stain
I am mistakes,not repetitious

This is me...what are you?

H1N1 Durjana

Aku benci virus ni sebab:

  1. Ia dah ragut banyak nyawa
  2. Ia bakal menyebabkan aku tak dapat nak travel abroad jumpa kawan aku
  3. Ia menyebabkan aku rasa tak selamat berada di tempat awam & it's damn fucking annoying wei wearing the mask!!!
Jadi, aku doakan semoga ia cepat2 surut dan moga-moga organisasi kesihatan dunia dapat jumpa vaksinnya secepat mungkin(eh..ke dah jumpa dah ek?).

Amin...

Here we go...

Hari ni aku rasa aku nak start blogging sebab aku nak satu medium untuk aku lepaskan perasaan, pemikiran & nafsu aku.

Aku guna tajuk bogel sebab aku rasa itulah yang patut aku,engkau & org2 lain buat..bogelkan diri anda..bukan fizikal(tapi kalu korang nak gak, go ahead :P) tapi mental sebab aku rasa kita semua hidup dalam kepura-puraan..living in disguise...hipokrasi...living in denial...demmit!

Yeah, I may sounded a bit lame..but this is my blog so read it or dipersilakan keluar dengan segala hormatnya.

Cheers!!